"Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas
sebanyak 10 kali, maka Allah berkenan membangunkan baginya rumah di
syurga.. "
Kisah Perhimpunan Agung di Hadiratul Quddus :
Diriwayatkan setelah semua manusia yang layak memasuki syurga sudah
memasuki syurga, pada satu hari yang ditentukan, Allah SWT memerintahkan
malaikat Jibrail membawa ahli syurga ke satu perkampungan yang bernama
Hadiratul Quddus. Hadiratul Quddus terletak di dalam syurga yang bernama
Syurga Khuldi, iaitu suatu alam dan tempat yang cuma diketahui
kedudukannya oleh Allah SWT sahaja.
Hadiratul Quddus memiliki mahligai yang bertaburan dalam
suasana yang terlalu permai dan amat menyenangkan.Pada pintu setiap
mahligai tersebut sudahpun tertulis nama penghuni yang bakal memilikinya
manakala di dalamnya menunggu dengan wajah kerinduan akan para bidadari
yang amat jelita, menunggu dengan penuh sabar akan saat pertemuan yang
sudah terlalu hampir akan kedatangan suami mereka yang bakal menjadi
penghuni dan raja di dalam mahligai tersebut..
SubhanaAllah..Maha Suci Allah yg Maha Agung!!! :)
jum ke sana.. :)
ReplyDeletecukup amal soleh insyaAllah kita semua sama2 menuju ke sana.Amin :)
Delete